Posts

Showing posts from July, 2012

First GA by TYHA LEE

Image
Hai.... Assalamualaikum... Nak join ? Jemput  KLIK SINI  ok ! Join eh! OK aku nak pertaruhkan gambar nie . Cantik tak ?? Haruslah kan! :) Ok aku nak tag  Afikah  ,  Arifah  dan  Nia ...  Bubbye... Assalamulaikum..  * JANGAN LUPA JOIN EH ! :)

Tips Fesyen !!

Image
Fesyen berhijab (tudung) adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fesyen tudung telah dipasarkan diluar sana. Terdapat pelbagai juga pengayaan tudung telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fesyen diluar sana. Apa yg kita dapati terdapat dua jenis tudung yang dapat kita kenal pasti sekarang,iaitu jenis tudung sarung dan selendang. Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Diantara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan 2 atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung. Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi s

Resepi Kuih Coklat Chip

Image
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat ) 180gm mentega/marjerin 90gm gula castor 100gm gula perang 1 sudu teh esen vanila 2 biji telur 200gm tepung naik sendiri 160gm tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate 1/4 sudu teh garam 100gm coklat chips 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds Cara-cara Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.  Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.  Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan ove

Kiamat ?

Image
Dari surah Al- Zalzalah (1-8) Maksudnya : Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam - macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. #Sekadar perkongsian untuk kita semua.. ^_^

Nisfu Syaban

Assalamualaikum... Malam nie malam Nifsu Syabaan. Saya nak minta maaf kalau saya ade buat salah, terkasar bahasa, dan kalau ade menguriskan hati awak semua... ~_~